| Latar
Belakang MAGIC. MAGIC ditubuhkan sekitar Disember 1996. Pada mulanya band ini dikenali sebagai Carsem S Band kerana kebanyakan anggota band adalah pekerja Carsem Semiconductor yang terletak di Jalan Jelapang, Ipoh, Perak.( Malaysia le tu!) Anggotanya adalah gabungan antara pemuzik baru dan lama. Band ini mendapat tunjuk-ajar dan bimbingan dari En. Zainal Abidin Ton - " Terima kasih pakcik!!!"
Bentara Guru - Zainal Abidin Ton. Seorang gitaris yang banyak berpengalaman dan pernah dianugerahkan gelaran sebagai Pemain Guitar Terbaik dalam Pertandingan Juara Kugiran 95 anjuran M.Shariff Productions. Peminat setia Fender!!! Angota-angota Magic adalah-
2. M.Norhisham 'De Bunian Boy' - Komposer dan juga pemain Lead second dan Bass gitar.Masa kini sedang berjinak-jinak dengan pembikinan musik dengan penggunaan komputer. Era IT katakan....Juga merupakan salah seorang pelupor Carsem M Band dan juga Carsem S Band. Kira ok lah!.... 3. Mohd Fadzil 'tune de bass' - Pemain guitar Lead Utama. Skill unorthordogh yang amat digeruni. Berkebolehan tune bass 4 tali tapi sound macam bass 6 tali..... Seluruh operator Carsem kenal abang Fadzil ni... maklum le instructor supervisor katakan!!! 4. Muhamad Asrul. Anggota paling muda bermain bass guitar. Merupakan antara bassist yang terbaik yang terdapat di Carsem S ni tapi low profile habis!... Selalu sesat dan hilang .... 5. Ros Hamdan - Vocalist. Kelebihan pada nada suara yang tinggi dan berkebolehan membawa lagu traditional dengan baik. Antara vokalist yang unggul di Carsem S. Kalau setakat Dikir Rambong tu.... tara apa-apa lagi!!! Pun selalu hilang.... layan peminat lah pulak!!! 6. Mohd. Khalid Ton (orang lama.... jangan main-main...) - Komposer, Keyboardist dan Bassist yang berpengalaman luas. Tak banyak cakap tapi sekali sekala terkeluar berapi!!!! Amat disegani kerana touching bassnya... berbisa!!! Solid tapi lembut. ... INILAH BAND MAGIC!!! (Dialog kami sewaktu diumumkan sebagai Juara) Khalid: Hah!!! Tengok saja ha...... jangan pegang dia... Fadzil: dey... scram you!!! itu perempuan saya yang punya! Sham: MANA BOLEH!..... Itu perempuan aku yang punya! Mokhtar: Hmmmm .... Pun macam Pak Aji..... Asrul: Awak bukan nak kate le... tapi bapak awak tengok ni... eee seronoknya!!! Hamdan : Bila nak dapat duit ha????? Noraishah:( dalam hati.... amenda mamat-mamat ni?) *Noraishah adalah peserta solo yang menggondol gelaran Juara bagi acara Solo. Mengancam beb!!!! Macam Ikan Duyung.....Noraishah mempunyai saudara kembar....Adik kembar Noraishah pun cun!!!
|