LAGU-LAGU MAGIC ......

Setakat ini kesemua lagu lagu yang ada disini adalah dalam format MIDI - kebaikan format ini ialah ianya bersaiz kecil dan cepat di download kan. Untuk menikmati hasil kualiti bunyi yang lebih baik sila download dan install Yamaha XG Plug-ins ( Percuma bang... dan tak akan expire punya! Di jamin tak akan menyesal seumur hidup!) Selamat mendengar....( Lagi komen tentang lagu-lagu kami diakhir halaman ini....elll.... di bawah.....)

 

1. 60an Kekal Selamanyaİ Zainal Abidin Ton 1998 - Lagu ini istimewa buat kami sebab ianya telah menjulang nama kami sebagai Juara 60an 1998. Pencipta : Zainal Abidin Ton Senikata oleh Zainal Abidin Ton / M.Norhisham.

2. Penantianİ M.Norhisham 1999 - Lagu pertama ciptaan M.Norhisham. Ada kawan yang komen lagu ni macam lagu tema bagi drama tv..... apa pun dengarlah sendiri! Pencipta : M.Norhisham senikata oleh Mokhtar

3. Lifeİ M.Norhisham 1999 - Lagu ni cuba mendapatkan feel Mat Salleh sikit...sungguh tenang dan lemah lembut bagai dipuput oleh sang bayu.....ada konsep slow/moderate R&B sikit .... Pencipta : M.Norhisham senikata oleh M.Norhisham

4. Worksİ M.Norhisham/Mokhtar 1999 - Kesegaran drum double pedal!!! bukan trash tapi... dengarkan lah! Pencipta : M.Norhisham/Mokhtar senikata oleh M.Norhisham.

Nota : Semua susunan muzik oleh M.Norhisham kecuali drum programing yang disusun bersama saudara Mokhtar.

Kami sedang berusaha untuk menyiapkan dalam format MP3 pula supaya kami dapat memperdengarkan vocal kami yang sedap tu!!!(itu pada pendapat kami le...) Hee hee jangan marah.... tapi kami agak kesuntukan masa sekarang ni..... kalau ada sebarang pertanyaan/komen sila email pada kami dengan disini.

" Irama dan Lagu tak dapat dipisahkan, andai dipisahkan maka pincanglah lagu, rosaklah seni."~ Tan Sri P.Ramlee